BANJIR: ENAM NEGERI TERJEJAS, BILANGAN MANGSA MENINGKAT DALAM TEMPOH 24 JAM
“Peningkatan mangsa signifikan ditunjukkan di daerah Pasir Mas, Kelantan sementara kebanyakan PPS lain di enam negeri lagi menunjukkan trend menurun dan tidak berubah,”
Penduduk kampung menggunakan sampan untuk memindahkan barang ke tempat yang lebih selamat berikutan kawasan kampung dinaiki air banjir ketika tinjauan di Kampung Bawah Lembah, Rantau Panjang hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Kelantan dilaporkan terkesan dengan bencana banjir sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan 10 daerah, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dalam kenyataan hari ini ia memaklumkan bilangan mangsa pula meningkat daripada 1,359 kepada 2,388 orang dalam tempoh 24 jam yang sedang ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS).
“Peningkatan mangsa signifikan ditunjukkan di daerah Pasir Mas, Kelantan sementara kebanyakan PPS lain di enam negeri lagi menunjukkan trend menurun dan tidak berubah,” menurut kenyataan itu.
NADMA berkata lapan PPS baru dibuka, masing-masing tiga di Johor dan Kelantan manakala satu di Pulau Pinang dan Perak manakala tujuh PPS ditutup semalam dan hari ini iaitu kesemua lima PPS di Kedah dan masing-masing satu di Perak dan Selangor sehingga 12 tengah hari tadi.
Sementara itu, agensi berkenaan memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat pada 3 petang tadi bagi beberapa kawasan di Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Johor, Kuala Lumpur dan Pahang.
Katanya notis itu menunjukkan tiga sungai dengan bacaan air berada di paras bahaya iaitu Long Jegan, Miri di Sarawak; Rantau Panjang, Pasir Mas di Kelantan dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka.
Lapan sungai dilaporkan berada di tahap amaran iaitu Long Teru dan Marudi di Miri, Sarawak; Sungai Sertim di Jambatan Padang Gudang di Bera, Pahang; Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor; Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai, Sungai Lenik di Segamat serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru; dan Sungai Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan.
NADMA berkata penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. –AlHijrah Online
Mangsa banjir Razali Atan bersama isterinya Milah Sabran dan anak mereka Noorarifin Razali mencuci rumah mereka yang berlumpur susulan banjir yang melanda Kampung Baru Sengkang, Kulai malam tadi. –fotoBERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked