Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR JOHOR: LELAKI MAUT TERPERANGKAP DALAM KERETA DIHANYUT ARUS

DALAM NEGARA

BANJIR JOHOR: LELAKI MAUT TERPERANGKAP DALAM KERETA DIHANYUT ARUS

Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Johor selepas maut dipercayai terperangkap dalam sebuah kereta yang dibawa arus banjir, di Jalan GSA, Chamek, Paloh, Kluang, hari ini.

KLUANG: Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Johor selepas maut dipercayai terperangkap dalam sebuah kereta yang dibawa arus banjir, di Jalan GSA, Chamek, Paloh, Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah ACP Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 20 tahun ditemui meninggal dunia dalam keretanya akibat lemas kira-kira jam 12.20 tengahari tadi.

Arus air laju dari kawasan ladang berhampiran jalan dipercayai telah menolak kenderaan mangsa ke dalam kawasan ladang bertentangan.

Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan selepas polis menerima laporan pada jam 7.20 pagi sebelum menjumpai mayat pada lima jam kemudian.

Mayat dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading