Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGIHAN KEUNTUNGAN TH 2022 DIUMUM AWAL SUKU KEDUA TAHUN INI

DALAM NEGARA

AGIHAN KEUNTUNGAN TH 2022 DIUMUM AWAL SUKU KEDUA TAHUN INI

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklum balas awal Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara.

“Sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.

“TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan Rukun Islam kelima,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading