BANJIR: KERAJAAN SEDIA PERUNTUKAN TAMBAHAN PASCABANJIR, BAIK PULIH SEKOLAH, PPS – ANWAR
“Ini (tindakan susulan) satu hal yang patut kita siap, bila surut tentunya ada tangungjawab memulihkan, sebab itu kita juga sediakan peruntukan tambahan untuk baiki sekolah-sekolah, pusat pemindahan sementara (PPS), kemudahan kebersihan tandas dan sebagainya.”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) melihat keadaan banjir di kawasan sekitar Kampung Mangkok semasa melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Mangkok, semalam. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan untuk tindakan susulan pascabanjir yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.
Beliau berkata berdasarkan laporan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, terdapat beberapa kawasan banjir yang sudah mulai surut.
“Ini (tindakan susulan) satu hal yang patut kita siap, bila surut tentunya ada tangungjawab memulihkan, sebab itu kita juga sediakan peruntukan tambahan untuk baiki sekolah-sekolah, pusat pemindahan sementara (PPS), kemudahan kebersihan tandas dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember tahun 2024, di sini hari ini.
Turut hadir Ahmad Zahid dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Semalam Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu masing-masing RM25 juta, bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut, Terengganu.
Sekali lagi menyifatkan persiapan menghadapi banjir semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan negeri luar biasa kali ini, Anwar berkata tindakan susulan pascabanjir juga perlu turut meliputi semua kawasan terkesan seluruh negara.
“TPM (Ahmad Zahid) melaporkan tadi ada beberapa keadaan (kawasan) yang surut sedikit, tetapi sekarang ia melabuh ke Pahang dan Johor, jadi maknanya kesiapsiagaan itu ke seluruh negara.
“Tetapi eloklah saya tegaskan tentang khidmat seluruh jentera kabinet turut turun, setiap menteri turun, pegawai khidmat awam, jentera itu luar biasa. Saya lihat pegawai APM, kesihatan dan semua di Setiu yang kita lawati, nampak semua matanya bengkak, tak cukup tidur…ini cerita-cerita kebaikan yang kadang-kadang tak dihebahkan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata secara keseluruhan 82,000 anggota pelbagai agensi dikerahkan ke lokasi banjir seluruh negara, selain penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan sukarelawan individu yang turut turun membantu.
“Saya lihat lori-lori membawa makanan dari Pulau Pinang. Kebetulan saya jumpa seorang individu dari Bukit Mertajam. Dia bukan NGO, tetapi menguruskan 10 lori makanan untuk dihantar ke Kelantan dan memaklumkan kepada ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bagi membantu menyelaraskan.
“Ini kekuatan rakyat Malaysia. Kebetulan individu dari Pulau Pinang itu berbangsa Cina. Dia memikirkan ini adalah masalah bersama. Hal-hal seperti ini harus kita hebahkan untuk menunjukkan semangat menyelamatkan nyawa dan membantu sesama kita,” kata beliau. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests