Hujan lebat dan angin kuat yang melanda Pulau Pinang pagi ini telah menyebabkan beberapa kawasan termasuk pusat bandar dan perkarangan pusat pentadbiran negeri di Komtar dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan teruk.
Hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan berlaku banjir kilat di sekitar bandaraya George Town hari ini. — fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Hujan lebat dan angin kuat yang melanda Pulau Pinang pagi ini telah menyebabkan beberapa kawasan termasuk pusat bandar dan perkarangan pusat pentadbiran negeri di Komtar dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan teruk.
Hujan lebat dan angin kuat yang bermula 11 pagi itu turut menyebabkan puluhan pokok tumbang dan banyak bumbung rumah di kawasan daerah Seberang Perai Utara (SPU), dekat sini diterbangkan angin.
Antara kawasan yang dinaiki air hingga kira-kira 50 sentimeter ialah Jalan Datuk Keramat, Jalan Rangoon, Jalan Magazine, Jalan Transfer, Jalan Anson dan kawasan Tanjong Tokong di bahagian pulau manakala kawasan seberang pula di Bukit Mertajam, Teluk Air Tawar, Pokok Sena serta Kuala Muda.
Banjir kilat itu dilaporkan surut sepenuhnya kira-kira 12.30 tengah hari manakala pokok-pokok yang tumbang dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjit kilat di negeri itu serta ribut yang dilaporkan di beberapa kawasan di SPU.
“Pihak bomba terima panggilan kecemasan berhubung puluhan pokok tumbang dan beberapa bumbung rumah penduduk diterbangkan ribut di kawasan SPU tapi setakat ini tiada mangsa terlibat.
”Pihak bomba sedang memantau situasi dari semasa ke semasa dan kebanyakan pokok tumbang telah dialihkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala bumbung rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.
Kejadian ribut itu turut menyebabkan sebahagian bumbung bangunan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Pongsu Seribu dekat sini turut diterbangkan ribut, namun tiada pelajar atau petugas di situ mengalami kecederaan.
Sementara itu, seorang mangsa Norhasni Abdul, 60-an berkata keseluruhan bumbung rumahnya di Teluk Air Tawar, dekat sini diterbangkan angin dan menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumahnya.
Katanya kejadian itu berlaku sangat pantas dan mereka sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumahnya terutama barangan elektrik.
“Saya baru sampai di rumah ketika hujan lebat kerana balik dari berniaga dan tiba-tiba angin kuat…terus terbangkan semua bumbung rumah, kami tak sempat buat apa-apa dan hanya fikir selamatkan diri sahaja ketika itu.
“Jumlah kerugian saya tak tahu lagi, saya harap pihak berkuasa dapat membantu saya untuk membetulkan bumbung rumah kami secepat mungkin supaya kami sekeluarga dapat tinggal dengan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager