Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BANJIR TERENGGANU SEMAKIN PULIH

UTAMA

BANJIR TERENGGANU SEMAKIN PULIH

KUALA TERENGGANU, 16 Dis — Banjir di Terengganu beransur pulih tengah hari ini dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup secara berperingkat mulai pukul 10 pagi tadi. Hanya satu PPS masih beroperasi di Hulu Terengganu iaitu PPS di Kampung Pengkalan Ajal yang menempatkan seramai 64 mangsa daripada 20 keluarga ketika ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata cuaca di kebanyakan daerah juga semakin baik hari ini. “Ketika ini pergerakan awan tebal yang membawa hujan lebih tertumpu ke utara Terengganu iaitu sekitar daerah Besut dan Kelantan,” katanya. Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula melaporkan hanya Sungai Nerus di Setiu melepasi paras amaran manakala sungai lain masih berada di paras waspada. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading