Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: TIGA SEKELUARGA TERPAKSA BERDIRI ATAS TEMBOK TIGA JAM SEBELUM DISELAMATKAN

DALAM NEGARA

BANJIR: TIGA SEKELUARGA TERPAKSA BERDIRI ATAS TEMBOK TIGA JAM SEBELUM DISELAMATKAN

KUALA NERANG: Tiga beranak terpaksa berdiri di atas tembok rumah selama tiga jam sebelum diselamatkan orang awam selepas kediaman mereka di Kampung Semeliang di Kuala Nerang, dinaiki air hari ini.

Gambar hiasan. — Bernama

KUALA NERANG: Tiga beranak terpaksa berdiri di atas tembok rumah selama tiga jam sebelum diselamatkan orang awam selepas kediaman mereka di Kampung Semeliang di Kuala Nerang, dinaiki air hari ini.

Menceritakan detik cemas itu, Nor Amiza Ahmad berkata banjir memasuki rumahnya pada jam 4 pagi sebelum air meningkat ke paras dada, lalu dia dan suami serta anaknya terpaksa memanjat tembok rumah untuk menyelamatkan diri.

Katanya, selepas cubaan menghubungi pihak berkuasa dia juga memuat naik status di Facebook dengan harapan ada pihak segera datang membantu dirinya dan keluarga.

“Bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semua saya telefon. Kawan-kawan pun saya cuba hubungi.

“Alhamdulillah dalam pukul 7 pagi macam tu, ada bot individu datang selamatkan saya dan keluarga. Waktu tu tembok saya berdiri pun dan mula naik air,” katanya.

Nor Amiza Ahmad

Nor Amiza ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, siang tadi.

Ujarnya, rumahnya pernah berdepan bencana banjir pada 2010 namun tidak seteruk kali ini. 

Setakat ini 42 PPS dibuka di Kedah melibatkan hampi 3,000 mangsa. — Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading