Limpahan air sungai di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, 10 September lalu
KUALA LUMPUR: Surah Ar-Rum, ayat 41 adalah ayat Allah yang memperingatkan hambanya bahawa bala bencana dan kebinasaan yang terjadi di muka bumi adalah angkara tangan-tangan manusia sendiri.
Malah ayat berkenaan diturunkan agar manusia menginsafi akan perbuatannya merosakkan alam dan isinya sebelum kembali bertaubat.
Kurang seminggu lalu, sebahagian ibu negara dilanda banjir kilat lagi. Gambar-gambar dan video-video air melimpah dari sungai, terutama di lokasi tumpuan, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, yang turut menempatkan pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Klang.
Kita di tahun 2020, namun banjir kilat yang berlaku sejak berpuluh tahun lalu masih terus berlaku. Di mana silapnya? Adakah aspek perancangan pembangunan yang sedang rancak berlaku di kota metropolis itu, telah mengetepikan hak-hak alam sekitar yang sewajarnya kita tunaikan?
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen, Bekas Dekan Kulliyyah Senibina & Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM
Bekas Dekan Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Profesor Emeritus Dr. Ismawi Zen menyifatkan, sistem pengairan dan perparitan yang tidak efisyen menjadikan sebahagian ibu negara sinonim dengan banjir kilat.
Katanya, sungai-sungai di Kuala Lumpur telah bertukar menjadi longkang konkrit, yang tiada upaya menyerap air dalam tanah.
“Limpahan air sungai sepatutnya boleh dielak jika air yang mengalir menyerap ke dalam tanah walaupun perlahan-lahan. Namun disebabkan sungai telah bertukar kepada longkang konkrit, maka serapan itu tidak berlaku, sekali gus menyebabkan air melimpah apabila kuantiti air meningkat semasa hujan lebat.”
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen Bekas Dekan Kulliyyah Senibina & Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM
Ismawi yang pernah berpengalaman menjadi panel penasihat Projek Pembesaran Masjidil Haram berkata tindakan segera harus diambil dalam menangani banjir kilat di Kuala Lumpur daripada berlaku, khususnya impak daripada hujan lebat.
“Perlu ada cara untuk ‘melengahkan’ pergerakan air sungai yang banyak akibat kuantiti air hujan, seperti pembuatan kolam takungan. Melaluinya, air yang tertakung pada kolam berkenaan juga boleh menyerap ke dalam tanah di dasar kolam.”
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen Bekas Dekan Kulliyyah Senibina & Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM
Ismawi juga mengingatkan para pemaju supaya tidak terlalu ghairah dengan projek-projek pembinaan, lebih-lebih lagi yang boleh memberi impak buruk kepada alam sekitar.
Beliau mahu setiap perancangan pembangunan agar sentiasa bertanggungjawab dalam mengambil kira impak kepada persekitaran dan ekosistem kehidupan sebagai satu elemen yang amat penting dan tidak hanya melihat kepentingan projek masing-masing semata-mata.
“Benarlah firman Allah dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 itu. Angkara tangan-tangan manusia di muka bumi ini, maka datang bala bencana. Dan ayat itu diturunkan supaya hamba-Nya insaf dan kembali bertaubat malah tidak lagi membuat kerosakan.”
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen Bekas Dekan Kulliyyah Senibina & Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM
Ismawi turut merayu rakyat di negara ini sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar, malah mengingatkan bahawa ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa semata-mata.
Rakyat Malaysia, katanya perlu cakna dan prihatin bukan sahaja terhadap hubungan sesama manusia, malah sesama alam sekitar yang juga makhluk ciptaan-Nya. – AlHijrah Online / Hanisa Hasanuddin / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager