Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lepas.
MUAR: Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12, di dua buah rumah di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar di sini, sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu semasa kedua-dua anaknya berusia 11 tahun.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ke-21 hingga ke-30 pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.
Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.
Sementara itu di mahkamah yang sama, seorang warga emas berumur 77 tahun dan anaknya, 21 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja pada 2017.
Mengikut pertuduhan, anak warga emas berkenaan yang ketika itu berusia 16 tahun terlebih dahulu merogol remaja perempuan berkenaan yang ketika itu berusia 15 tahun, di dalam sebuah kereta, di Jalan Kinabalu, Kluang, pada pukul 5.15 petang, 25 Mei 2017.
Selepas itu warga emas berkenaan mengambil giliran melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sama, di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada pukul 6 petang, dan hari yang sama.
Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya mengenakan jaminan sebanyak RM12,000 terhadap tertuduh berusia 21 tahun dan RM15,000 kepada warga emas itu yang hadir ke mahkamah berkerusi roda, namun kedua-dua tertuduh gagal membayar jaminan.
Hakim menetapkan 9 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager