SUNGAI BAKAP: Hasrat bapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad untuk melihat cucu lelaki yang baru dilahirkan tidak kesampaian apabila bayi yang berusia 22 hari itu maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, awal pagi tadi.
Ahmad Ibrahim, 56, berkata dia sedih kerana hanya dapat menatap jenazah cucu lelaki pertamanya, Muhammad Aisy Saqeef, namun reda dengan kejadian yang menimpa keluarga anaknya itu.
Menurut Ahmad, mereka sekeluarga sudah merancang untuk melawat keluarga Muhammad Syafiq di Johor selepas dia dikurniakan cahaya mata 14 November lalu sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.
Katanya mereka merancang untuk ke Johor pada 11 Disember ini tetapi terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan berikutan kawasan rumah di Bayan Baru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Bayi ini baru dilahirkan. Kami sekeluarga belah Syafiq ini belum sempat jumpa.
“Memang kami sekeluarga sudah rancang 11 haribulan hendak ke Johor tengok cucu, tapi dapat berita PKPD,” kata Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Ahad.
Sementara itu menceritakan mengenai kejadian yang menimpa Muhammad Syafiq, Ahmad berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 4 pagi tadi yang menyatakan anaknya itu terlibat dalam kemalangan dan memintanya segera ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, katanya, dia pada mulanya menyangkakan pemanggil itu tersalah orang dan menjelaskan kesemua anaknya berada di rumah kecuali Syafiq yang berada di Johor.
Ahmad berkata, dia tidak menyangka Muhammad Syafiq yang terlibat dalam kemalangan kerana tidak tahu anaknya dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
Tambahnya, berdasarkan perbualannya dengan Muhammad Syafiq, anaknya yang memandu kereta jenis Toyota Velffire itu memaklumkan cuba mengelak sesuatu yang melintas menyebabkan kenderaannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Dalam kemalangan itu, tiga individu iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an terkorban.
Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager