Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENYERANG JDT KEMALANGAN, ANAK BERUSIA 22 HARI TERKORBAN

UTAMA

PENYERANG JDT KEMALANGAN, ANAK BERUSIA 22 HARI TERKORBAN

NIBONG TEBAL: Penyerang pasukan bola sepak Johor Darul Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Syafiq cedera ringan.

Bagaimanapun nahas tersebut telah mengorbankan tiga individu iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad

Kemalangan turut menyebabkan isteri Muhamad Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah manakala seorang lagi anak perempuan pemain bola sepak itu, Aaira Nur Saffiya 2 tahun cedera ringan.

Dalam insiden awal pagi itu, kenderaan jenis Toyota Vellfire dinaiki kesemua mangsa dilaporkan remuk selepas dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar pembahagi jalan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading