KUALA LUMPUR: Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.
Berita itu disahkan melalui catatan di laman Facebook rasmi Bank Islam Malaysia Bhd hari ini.
Menurut bank itu, Abdul Halim yang merupakan Pengarah Urusan pertama Bank Islam, adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan telah membentuk asas kewangan Islam di Malaysia.
Dedikasi dan semangat perintis beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan Bank Islam serta meninggalkan impak yang berkekalan dalam pembangunan industri kewangan Islam Malaysia.
“Sebagai peneraju pertama Bank Islam, beliau bukan sahaja menggalas cabaran untuk memperkenalkan sistem perbankan baharu malah memimpin kami dengan kebijaksanaan dan visi jauh ke hadapan.
“Kepimpinan beliau sangat penting dalam merealisasikan impian, dengan sumbangan tidak terbilang yang akan sentiasa menjadi penanda asas perkembangan kami,” menurut Bank Islam.
Katanya legasi Allahyarham bukan hanya terbatas dalam dinding Bank Islam malah menjangkau kehidupan ramai yang mendapat manfaat daripada usaha beliau untuk memperjuangkan kewangan Islam dan membolehkan segenap masyarakat mendapat akses penyelesaian kewangan yang diperlukan.
“Ini termasuklah industri takaful, pengurusan dana amanah Islam, pembrokeran saham dan lain-lain,” katanya.
Selain pencapaian profesional, katanya Abdul Halim dikenali atas sifat yang berani, berintegriti tinggi, rendah hati dan sentiasa prihatin terhadap khidmat masyarakat.
“Malah, beliau merupakan pencetus kepada Sadaqa House Bank Islam yang pada masa ini telah memberi manfaat kepada ribuan penerima yang layak.
“Pada saat duka ini, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang Allahyarham,” katanya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
Dilahirkan pada 28 Jan 1939 di Kedah, Abdul Halim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang Empat. Beliau melanjutkan pelajarannya di Al-Maahad Al-Mahmud (Kolej Mahmud) (di Kedah).
Beliau kemudiannya berpindah ke Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) untuk meneruskan pendidikan Tingkatan Enam dari 1960-1961 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan pada 1965, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi.
Pada 1966, beliau meneruskan pengajian ke Universiti Oxford untuk memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi, menurut Merdeka Award Trust.
Katanya detik penting Abdul Halim adalah pada 1983 apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Islam yang pertama, bank Islam yang menjadi perintis di Malaysia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked