KETAHUI ADAB PERBEZAAN PANDANGAN DALAM MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL – MOHD NA’IM
IPOH: Media sosial perlu diperluaskan penggunaannya ke arah membina masyarakat bertamadun dan bersatu padu, dengan pengguna harus tahu adab perbezaan pandangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) menyantuni orang ramai yang hadir pada Perasmian Seminar Adabul Ikhtilaf (Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam) di Politeknik Ungku Omar hari ini. — Bernama
IPOH: Media sosial perlu diperluaskan penggunaannya ke arah membina masyarakat bertamadun dan bersatu padu, dengan pengguna harus tahu adab perbezaan pandangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata adab berselisih pendapat terutamanya di dalam talian perlu, bagi mengelakkan perpecahan, di samping tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan diri.
“Apabila berbeza pandangan, bahasa yang kita gunakan contohnya tidak boleh menjatuhkan maruah, memfitnah orang lain, merasakan kita paling bijak dan sebagainya, yang itu tidak dibenarkan.
Adab itu kalau mereka (pengguna media sosial) faham dan boleh laksanakan, insya-Allah media sosial dapat digunakan ke arah kebaikan membentuk jati diri masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Adabul Ikhtilaf (Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana hendak membanteras penyalahgunaan media sosial sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Berkenaan program hari ini, Mohd Na’im berkata seminar itu diadakan bagi memberi pemahaman mengenai adab apabila berlakunya perbezaan pandangan.
Beliau berkata kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masyarakat memahami dan melaksanakan adab-adab ketika berselisih pandangan.
“Jadi harapan kita dengan adanya seminar ini, para ilmuan dapat membantu kerajaan memberikan pencerahan dan membentuk masyarakat MADANI yang saling menghormati, bersatu padu dan seterusnya membina masyarakat yang kukuh.
“Apabila kita hendak bangunkan negara, kejayaan ekonomi, sosial dan sebagainya, kita tidak mampu melakukannya jika masyarakat berpecah serta tidak memahami adab berbeza pandangan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan lanjut berkenaan pelaksanaan penyaluran sumbangan khas RM500 kepada lebih 70,000 guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), takmir, imam, bilal, tok siak, noja serta marbut.
“JAKIM akan adakan perbincangan lanjut, insya-Allah dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan sebagainya,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai penyaluran sumbangan khas itu.
Jumaat lepas, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan bakal menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta untuk menghargai jasa guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja serta marbut. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager