Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI 19 BULAN DITEMUKAN LEMAS DI SUNGAI KETIL

DALAM NEGARA

BAYI 19 BULAN DITEMUKAN LEMAS DI SUNGAI KETIL

BALING: Seorang bayi lelaki berusia satu tahun tujuh bulan ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubok Pedati, di sini hari ini.

BALING: Seorang bayi lelaki berusia satu tahun tujuh bulan ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubok Pedati, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari.

Susulan itu sepasukan anggota dari BBP Baling telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki hanyut ke dalam sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), persatuan rekreasi luar dan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya mayat mangsa ditemui kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang.

Mangsa ditemui oleh malim gunung dari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh pasukan bomba.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading