Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI CEDERA DIGIGIT: PEMILIK, PEMBANTU TASKA DITAHAN

DALAM NEGARA

BAYI CEDERA DIGIGIT: PEMILIK, PEMBANTU TASKA DITAHAN

Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

KUCHING: Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.

“Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa (7 Jan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading