Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI DIJUMPAI DALAM SEMAK KETIKA BERSIHKAN SURAU

DALAM NEGARA

BAYI DIJUMPAI DALAM SEMAK KETIKA BERSIHKAN SURAU

Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.

IPOH: Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang.

“Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau yang datang untuk membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisan bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata bayi itu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis masih mengesan ibu kepada bayi berkenaan dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading