Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PEREMPUAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

DALAM NEGARA

BAYI PEREMPUAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abd Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.  

“Dalam hal ini, bedah siasat telah dijalankan di hospital (Hospital Sultanah Nur Zahirah) malam tadi dan sebab kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abd Rahim berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa bayi terbabit terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.

Beliau berkata kertas siasatan berkaitan kejadian itu dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading