BEBERAPA ENAKMEN BERKAITAN AGAMA ISLAM DI N.SEMBILAN AKAN DIPINDA – TUANKU MUHRIZ
PORT DICKSON: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat pada Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan hari ini. – Bernama
PORT DICKSON: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Tuanku Muhriz bertitah ia melibatkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2024 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan).
“Semua inisiatif ini dijangka dapat memantapkan lagi pentadbiran agama Islam di negeri ini dengan memperbesarkan skop dan bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta memudahkan agensi itu lebih proaktif dalam memulakan inisiatif baharu,” titah baginda pada Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi MAINS Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz bertitah bagi mencapai tahap negara maju, keutamaan perlu diberi kepada Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini sedang giat diperluaskan di seluruh negara.
Baginda menjelaskan program pendidikan tersebut penting dalam menghasilkan tenaga kerja diperlukan oleh industri bagi kemajuan negara.
“Beta difahamkan MAINS menjalinkan kerjasama program TVET dengan beberapa institusi pendidikan bagi anak-anak asnaf dalam bidang kemahiran seperti kimpalan, mekatronik, penyaman udara dan pengudaraan mekanikal.
“Peranan MAINS dalam menggalakkan para pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan bidang diperlukan bagi memajukan masyarakat Islam amat dialu-alukan,” titah baginda.
Justeru, Tuanku Muhriz bertitah MAINS turut menggantikan sistem pinjaman kepada biasiswa penuh pada tahun lepas dapat memanfaatkan 41 pelajar melibatkan kos berjumlah hampir RM1 juta.
Sementara itu, Tuanku Muhriz bertitah MAINS telah membiayai penyelidikan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus program bertujuan membangunkan masyarakat Islam di negeri ini.
“Sebagai contoh, pembiayaan telah diberi untuk Kajian Had Kifayah atau Kadar Keperluan Asas Minimum berdasarkan kos sara hidup masa kini. Hasil kajian ini membantu menentukan kelayakan bantuan yang perlu diberikan kepada golongan asnaf,” titah baginda.
Baginda bertitah MAINS juga giat melahirkan usahawan dalam kalangan asnaf agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan melalui aktiviti sosioekonomi diusahakan seperti Projek Ternak Ayam Kampung, Projek Madu Kelulut dan kursus latihan urutan badan melalui program Usahawan MyBeedan.
Selain itu, Tuanku Muhriz bertitah tugas memelihara dan menegakkan syiar Islam memerlukan usaha kolektif daripada semua pemimpin negeri dan Persekutuan yang berperanan dalam menyantuni dan membangunkan umat Islam di negeri ini.
“Terapkanlah nilai-nilai kasih sayang, muhibah dan toleransi dalam perhubungan dan hindarilah persengketaan yang merugikan agama dan bangsa. Semua pihak perlu memelihara keharmonian, menghormati perbezaan, menghargai persamaan dan mencintai kedamaian antara kaum,” titah baginda.
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti serta berkenan mendoakan hasrat rakyat Palestin menubuhkan negara yang bebas dan merdeka menjadi kenyataan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked