Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini petang semalam, ditemukan pagi tadi.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, mayat bekas imam masjid yang terjatuh ke dalam kolam udang di Kampung Fikri di Setiu semalam, berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 10.54 pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini petang semalam, ditemukan pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata mangsa Muhammad Sufi Eijaz Mohd Sobrey, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 11.34 pagi pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
“Pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung dan Alhamdulillah keadaan mangsa masih sempurna,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mohd Mazimi berkata operasi pencarian mangsa sejak petang semalam melibatkan 68 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia, Anggota Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk tempatan.
Ibu mangsa Nurul Ain Bakkeri, 33, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta orang ramai kerana akhirnya jasad anaknya berjaya ditemukan.
“Sejak mengetahui anak saya lemas petang semalam, tiada apa yang saya harapkan kecuali jasadnya ditemui, kerana saya ingin sangat-sangat untuk jumpa dengan jasad anak saya itu,” katanya.
Dalam kejadian sekitar 4 petang semalam, Muhammad Sufi Eijaz yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu, dikatakan sedang bermain di atas jambatan tersebut bersama abangnya Muhammad Syakir Wafiuddin, 8, sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.
Bapa mangsa Mohd Sobrey Ramli, 32, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam berkata beliau bersama ketiga-tiga anak, datang ke kawasan tali air tersebut dengan motosikal untuk bersiar-siar sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji di kawasan berdekatan.
Namun sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Sufi Eijaz dan Muhammad Syakir Wafiuddin meluru turun daripada motosikal menuju ke tali air, kerana teruja melihat ramai kanak-kanak sedang mandi-manda, sebelum Muhammad Syakir Wafiuddin memberitahu bahawa adiknya hilang.
Pengawal keselamatan di Politeknik Kuala Terengganu itu berkata beliau yang ketika itu sedang menguruskan anak bongsunya, Muhammad Shafiq Arshad, 1, dengan pantas terjun ke dalam air dan cuba mencari anaknya, namun usahanya hanya sia-sia kerana arus di bawah air sangat deras dan dalam.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, mayat bekas imam masjid yang terjatuh ke dalam kolam udang di Kampung Fikri di Setiu semalam, berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 10.54 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata mayat Zakaria Mat Nong, 72, yang berasal dari Kampung Beris Tok Ku di Setiu, ditemukan kira-kira 1.7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Afandi berkata mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ke Sungai Fikri yang bersambung dengan kolam udang tersebut, sebelum pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat mangsa tersangkut pada rimbunan pokok nipah yang terdapat di tebing sungai tersebut.
Beliau berkata Zakaria dikatakan tergelincir dari tebing kolam udang tersebut, ketika sedang menjala pada jam 7 malam semalam dan kejadian itu disaksikan beberapa penduduk kampung sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests