Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS MENTERI YAKIN KEMAMPUAN NA’IM KEMUDI KEMENTERIAN AGAMA

DALAM NEGARA

BEKAS MENTERI YAKIN KEMAMPUAN NA’IM KEMUDI KEMENTERIAN AGAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yakin dengan kemampuan Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang dilantik Menteri Agama semalam.

Kata Idris, mereka pernah bekerja bersama dan beliau percaya mantan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) itu dapat mengemudi amanah yang telah diberikan.

“Saya mengharapkan dan melihat ini adalah peluang untuk beliau meneruskan dan menambah baik lagi segala insiatif yang telah kita laksanakan bersama sebelum ini apatah lagi melibatkan agenda memperkasakan Undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah untuk di martabatkan ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

“Saya doakan yang terbaik buat beliau dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Idris turut mendoakan Mohd Na’im tabah dan cekal dalam melaksanakan tugasan.

Untuk rekod, Mohd Na’im merupakan Ketua Hakim Syarie pertama diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet.

Beliau semalam mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dan Ahli Dewan Negara. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading