Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PENGARAH BOMBA SELANGOR MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS PENGARAH BOMBA SELANGOR MENINGGAL DUNIA

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni, 56, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU) di hospital tersebut kira-kira jam 6.45 pagi.

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat meninggal dunia di Hospital Serdang, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni, 56, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU) di hospital tersebut kira-kira jam 6.45 pagi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Morni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Allahyarham bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada 19 Ogos lalu akibat serangan jantung.

Sementara itu, JBPM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan masa dan tempat jenazah Allahyarham dikebumikan akan dimaklumkan kemudian.

“Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading