Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN PERTIMBANG GAJI TETAP BUAT GURU KAFA

DALAM NEGARA

KERAJAAN PERTIMBANG GAJI TETAP BUAT GURU KAFA

Kerajaan akan mengkaji dan mempertimbangkan pemberian elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebagai gaji tetap dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Gambar hiasan.

PORT DICKSON: Kerajaan akan mengkaji dan mempertimbangkan pemberian elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebagai gaji tetap dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, walaupun cadangan itu bakal membantu dan menjaga kebajikan guru KAFA, namun ianya bergantung kepada kewangan negara.

Menurutnya, cadangan menjadikan elaun guru KAFA kepada gaji tetap antara perkara yang perlu diperhalusi bagi memastikan kebajikan guru KAFA di Malaysia terbela.

“Perkara tersebut memang dalam pertimbangan (kerajaan), cuma banyak perkara perlu kita lihat dari sudut fisikal kewangan negara serta sudut struktur itu sendiri

“Kita akan ambil semua perkara pertimbangan, asanya adalah kita mahu memastikan kebajikan guru-guru KAFA terpelihara, terlindung dan dijaga,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) peringkat Kebangsaan kali ke-8 tahun 2023 di Port Dicksong, semalam.

Ketika ini, guru KAFA menerima elaun bulanan sebanyak RM1,100 yang dibayar mengikut jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading