BELANJAWAN 2023: JALAN BAHARU KURANGKAN KESESAKAN KE CAMERON HIGHLANDS
“Kesesakan di Cameron Highlands sering berlaku pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana pertambahan pelancong dan isu ini telah berlarutan untuk tempoh masa yang lama selain sering dibangkitkan wakil rakyat di situ.”
KUANTAN: Pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang yang diumumkan pada Belanjawan 2023 akan membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lokasi peranginan tanah tinggi itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata ia juga bersifat ‘serampang dua mata’ kerana turut membawa kebaikan kepada industri pelancongan di situ.
“Kesesakan (di Cameron Highlands) sering berlaku pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana pertambahan pelancong dan isu ini telah berlarutan untuk tempoh masa yang lama selain sering dibangkitkan wakil rakyat di situ.
“Pembinaan jalan baharu adalah situasi menang-menang bukan hanya kepada pelancong dan penduduk tetapi juga kepada logistik rangkaian bekalan makanan kerana penanaman sayur juga sumber ekonomi utama penduduk di situ,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Leong berkata demikian diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata dengan kos RM480 juta pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata Ho Chi Yang yang turut bersetuju pembinaan jalan itu berkata ia membantu mengatasi masalah kesesakan, bagaimanapun berharap pelaksanaannya akan mengambil kira faktor alam sekitar di Cameron Highlands.
“Saya berharap kajian yang telah dibuat dan pembinaan jalan alternatif itu nanti akan meminimumkan impak alam sekitar dan menjaga kelestarian alam,” katanya.
Pengusaha kenderaan sewa di kawasan pelancongan itu, Abdul Hadi Harun, 30, pula berharap jalan itu apabila siap kelak menjadi ‘nilai tambah’ kepada rakyat negara ini untuk terus menjadikan Cameron Highlands sebagai destinasi percutian pilihan.
Beliau yang menjalankan perniagaan itu sejak setahun lepas turut berpandangan keadaan tersebut akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang banyak bergantung kepada kehadiran pelancong.
“Ada orang mengelak berkunjung ke Cameron Highlands pada waktu tertentu seperti cuti sekolah kerana enggan terlalu lama berada dalam kereta akibat kesesakan jalan raya.
“Sebagai pemain industri pelancongan, sudah pasti kami mahu melihat seramai mungkin pelancong… pembinaan jalan baharu jika dibuat tanpa perlu melalui pekan utama akan memberi alternatif kepada pengguna,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked