BELANJAWAN 2025: KPWKM CADANG BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL TUNTUT NAFKAH DI MAHKAMAH
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia antara perkara diharapkan kementerian selepas sesi libat urus dengan pihak berkepentingan yang meminta bantuan bagi ibu tunggal kurang berkemampuan untuk melalui proses menuntut hak mereka di mahkamah.
“Kami masukkan itu dalam belanjawan KPWKM supaya dapat membantu ibu tunggal yang terkesan kerana ada dalam kalangan mereka tidak bekerja. Bagaimana mereka nak turun naik mahkamah, jadi kita cuba membantu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@WPKL di sini hari ini.
Selain itu, Nancy berkata sektor penjagaan warga emas juga antara tumpuan utama kementeriannya bagi Belanjawan 2025 terutama sebagai persediaan Malaysia yang dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030.
Beliau berkata KPWKM turut mencadangkan pembentukan pusat melatih ibu bapa yang mempunyai anak autistik bagi membantu mereka memahami dan menjaga anak-anak istimewa dengan lebih baik.
Nancy berkata trend kelahiran di negara ini yang semakin menurun turut mendapat perhatian KPWKM dalam Belanjawan 2025 dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menggiatkan program kesihatan bagi menggalakkan pasangan mendapatkan anak.
Hasil libat urus dengan Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia, beliau berkata KPWKM bercadang memasukkan bantuan kepada golongan berkenaan bagi meringankan beban mereka.
Dalam Belanjawan 2024, KPWKM diperuntukkan RM3.52 bilion merangkumi RM3.25 bilion perbelanjaan mengurus dan RM265 juta perbelanjaan pembangunan.
Daripada jumlah itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan RM2.4 bilion untuk disalurkan kepada lebih 450,000 rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah, warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.