BELANJAWAN 2025: MOHD NA’IM HARAP PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN SYIAR ISLAM DITAMBAH
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan perkembangan Islam khususnya dari segi pendidikan manakala jumlah peruntukan, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membuat keputusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar (dua, kanan) menyerahkan sumbangan pembangunan masjid kepada Iman Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Mahsan Yaacob (kiri) sempena Program Santuni Komuniti Madani Bersama Masyarakat di perkarangan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kampung Telekong hari ini. Turut sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman (dua, kiri). –fotoBERNAMA
KUALA KRAI: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap peruntukan untuk memfokuskan pembangunan syiar Islam ditambah dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Okt ini.
Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Anwar merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan perkembangan Islam khususnya dari segi pendidikan manakala jumlah peruntukan, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membuat keputusan.
“Saya percaya hasrat untuk mendapatkan peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2025 akan terlaksana memandangkan Perdana Menteri seorang pemimpin prihatin dalam pembangunan hal ehwal Islam.
“Selain itu, kami juga telah mengadakan sesi libat urus dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi membincangkan perkara itu (peruntukan tambahan pembangunan syiar Islam),” katanya kepada pemberita selepas program santuni komuniti MADANI di Kampung Telekong di sini hari ini.
Pada Belanjawan 2024, sebanyak RM1.9 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
Ia termasuk pembinaan dua institusi pendidikan Islam iaitu Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol di Negeri Sembilan dengan kos RM220 juta.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Mohd Na’im meminta semua pihak agar memberi ruang kepada Jawatankuasa Fatwa MKI untuk membincangkan perkara berkenaan.
“Saya tidak mahu ulas isu ini dan menyerahkan sepenuhnya perkara berkaitan GISBH kepada Jawatankuasa Fatwa MKI,” katanya.
Pada 11 Sept lepas, polis mengadakan serbuan Op Global terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISBH.
Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked