Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BELLA HADID SANGGUP HILANG KERJA PERAGAAN DEMI PALESTIN

DUNIA

BELLA HADID SANGGUP HILANG KERJA PERAGAAN DEMI PALESTIN

Model yang pernah bekerja dengan syarikat fesyen utama di seluruh dunia itu berkata, walaupun advokasinya terhadap Palestin mengakibatkannya kehilangan beberapa peluang peragaan, dia tetap teguh dengan pendiriannya dan tidak akan berkompromi demi kerjaya.

Bella Hadid ketika turut serta dalam protes mengutuk kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin di Brooklyn, Amerika Syarikat pada Mei tahun lalu.

NEW YORK: Model antarabangsa terkenal, Bella Hadid sanggup kehilangan pekerjaannya demi menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Selebriti berusia 26 tahun yang pernah bekerja dengan syarikat fesyen utama di seluruh dunia itu berkata, dia telah menyedari bahawa dia “bukan dilahirkan untuk menjadi model sahaja,”lapor media antarabangsa The Independent.

Pemilik nama lengkap Isabella Khairiah Hadid itu berkata, walaupun advokasinya terhadap Palestin mengakibatkannya kehilangan beberapa peluang peragaan, dia tetap teguh dengan pendiriannya dan tidak akan berkompromi demi kerjaya.

“Banyak syarikat yang berhenti bekerjasama dengan saya dan ramai kawan-kawan yang tinggalkan saya.

“Namun saya sangat bersyukur kerana saya ada pengaruh yang membolehkan saya menyuarakan perkara sebenar seperti sekarang,” katanya

Bella yang merupakan anak kepada pemaju hartanah Palestin, Mohamed Hadid dan model Belanda, Yolanda Hadid, sangat lantang bersuara memperjuangkan Palestin dan terus meningkatkan kesedaran ketika penindasan di negara itu berterusan.

“Saya bersuara tentang Palestin untuk warga tua yang masih tinggal di sana yang tidak pernah melihat Palestin bebas, dan untuk kanak-kanak yang sedang membesar supaya mereka akan jalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Bella berkata, dia yang tinggal bersama ibunya di California selepas perceraian ibu bapanya pada 2000, mula terputus hubungan dengan keluarga Palestin.

“Saya ingin membesar dan bersama ayah saya setiap hari. Saya ingin belajar dan berlatih untuk hidup dalam budaya Muslim, tetapi saya tidak dapat peluang itu,” katanya.

Terdahulu, model yang memiliki lebih 50 juta pengikut di Instagram itu kerap berkongsi perkembangan semasa Palestin untuk memberi kesedaran tentang penindasan Zionis terhadap negara itu.

Dia turut dikritik kerajaan Israel kerana turut serta dalam protes mengutuk kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin di Brooklyn, Amerika Syarikat pada Mei tahun lalu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading