Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BENTUK HUKUMAN PELAJAR JUAL PERANTISISWA BELUM DIBINCANG

DALAM NEGARA

BENTUK HUKUMAN PELAJAR JUAL PERANTISISWA BELUM DIBINCANG

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membincangkan sebarang bentuk tindakan termasuk sama ada menyenaraihitamkan pelajar yang didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika merasmikan kompleks bangunan baharu Media City serta mengumumkan nama baharunya sebagai Angkasapuri Kota Media hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membincangkan sebarang bentuk tindakan termasuk sama ada menyenaraihitamkan pelajar yang didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setakat ini, kita tidak membincangkan lagi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Perkara itu mereka akan tengok kembali,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Media City yang dikenali sebagai Angkasapuri Kota Media di sini.

Namun begitu, Perdana Menteri menyeru pelajar yang menerima bantuan kemudahan itu agar tidak menjualnya demi mencapai hasrat kerajaan membantu pelajar golongan B40.

“Jadi janganlah mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual (PerantiSiswa) kerana jangka panjang lebih penting bagi mereka untuk menggunakan PerantiSiswa demi meningkatkan mutu pembelajaran demi masa depan mereka,” kata beliau.

PerantiSiswa diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi dari keluarga B40 dalam usaha memudahkan proses pembelajaran pada era digital kini. Tablet Galaxy Tab A8 diberikan bersama papan kekunci dan juga stylus kepada mereka yang menerimanya.

Ketika pengenalan inisiatif PerantiSiswa sebelum ini, kerajaan menyatakan para pelajar perlu memulangkan kembali tablet yang diterima pada penghujung pembelajaran mereka.

Namun, kerajaan mengubah keputusan tersebut dan memilih memberi terus tablet PerantiSiswa kepada para pelajar.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 14 kes penjualan semula PerantiSiswa telah dikesan di seluruh negara, serta penelitian berhubung isu itu juga sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading