BERBUKA 3 MINIT AWAL, JEMAAH SEBUAH MASJID DI JOHOR DINASIHATKAN GANTI PUASA – EXCO
Jemaah sebuah masjid di negeri ini dinasihatkan untuk qada (mengganti) puasa mereka setelah didapati berbuka tiga minit awal daripada waktu sebenar, baru-baru ini.
BATU PAHAT: Jemaah sebuah masjid di negeri ini dinasihatkan untuk qada (mengganti) puasa mereka setelah didapati berbuka tiga minit awal daripada waktu sebenar, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kejadian berkenaan berlaku apabila bilal bertugas melaungkan azan lebih awal dan tidak merujuk jam yang mengikut standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Beliau berkata semakan pihaknya mendapati hanya jemaah di dalam masjid berkenaan terkesan dan tidak menjejaskan penduduk sekitar yang tidak hadir ke masjid itu.
“Semasa kejadian berlaku, masjid berkenaan ada membuat aktiviti dan hanya mereka yang ada di situ yang terjejas … jadi saya nak nasihatkan kepada mereka supaya dapat menggantikan puasa mereka kerana jelas sudah terbatal kerana berbuka awal.
“Saya juga menasihatkan kepada semua bilal di negeri ini supaya dapat berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan … dan perkara ini kejadian terpencil.
“Sebenarnya kita (kerajaan negeri) telah memberikan arahan kepada semua surau serta masjid supaya menggunakan jam SIRIM Malaysia sebagai panduan bukan menggunakan jam peribadi,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Sekawan Desa di sini malam tadi.
Terdahulu, dalam hantaran di media sosial pada 25 Mac, Kadi Daerah Kluang As-Syeikh Sabarudin Isnin menzahirkan dukacita selepas sebuah masjid di daerah ini melaungkan azan tiga minit lebih awal dari waktu maghrib menyebabkan orang yang mendengarnya turut berbuka puasa.
Sementara itu, dalam program yang sama pihaknya melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Waqaf An-Nur dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) menyalurkan sumbangan sempena Aidilfitri.
“Sebanyak RM1.5 juta telah disalurkan kepada golongan asnaf dan pegawai masjid serta surau dalam program berbuka puasa anjuran Rumah Orang Semerah yang juga program tahunan di sini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager