Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERITA ALHIJRAH RANGKUL ANUGERAH EMAS HADIAH KEWARTAWANAN MPI-PETRONAS 2023

DALAM NEGARA

BERITA ALHIJRAH RANGKUL ANUGERAH EMAS HADIAH KEWARTAWANAN MPI-PETRONAS 2023

Anugerah tersebut diterima oleh wartawan Mohammad Zaim Nor Zamani serta jurukamera Nor Nazirul Hafiz Japeridin menerusi laporan “Gempa Bumi Kuat, Cabaran Getir Operasi S.A.R. Selepas Seminggu Tragedi”.

Ketua Unit Editorial Berita, TV AlHijrah Serieffa Mushtafa Albakry. 

KUALA LUMPUR: Berita AlHijrah memenangi Anugerah Emas Kategori Lintas Langsung Berita Video Terbaik pada Hadiah Kewartawanan Malaysia Malaysia Press Institute-Petronas 2023 (HKM MPI Petronas 2023) malam tadi.

Anugerah tersebut diterima oleh wartawan Mohammad Zaim Nor Zamani serta jurukamera Nor Nazirul Haffiz Japeridin menerusi laporan “Gempa Bumi Kuat, Cabaran Getir Operasi S.A.R. Selepas Seminggu Tragedi”.

Mohammad Zaim dan Nor Nazirul Haffiz berlepas ke Turkiye bersama badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membuat liputan dari lapangan tragedi gempa bumi kuat yang melanda daerah Gaziantep, pada awal 2023.

Hadir menerima penganugerahan itu mewakili Mohammad Zaim dan Nor Nazirul Haffiz, Ketua Unit Editorial Berita, TV AlHijrah Serieffa Mushtafa Albakry. 

Mohammad Zaim dan Nor Nazirul Haffiz sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Kemenangan itu melayakkan Mohammad Zaim dan Nor Nazirul Haffiz membawa pulang RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Mohammad Zaim dalam pada itu menzahirkan rasa syukur selain tidak menyangka atas penganugerahan tersebut kerana calon-calon dalam kategori yang dipertandingkan itu tidak kurang sengitnya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak khususnya Bilik Berita AlHijrah yang tidak henti memberikan sokongan kepada saya yang secara langsung atau tidak langsung.

“Ianya memberikan semangat untuk saya dalam melaporkan berita yang terbaik untuk rakyat Malaysia terutama penonton setia TV AlHijrah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga di atas kejayaan itu. 

“Alhamdulillah, ia sesuatu yang membanggakan apabila penerbitan Berita AlHijrah berjaya menyaingi gergasi agensi berita lain.

“Ia satu pengiktirafan besar buat bilik berita TV AlHijrah yang komited menyajikan pelaporan terbaik dan berkualiti kepada penonton,” katanya.

Pemenang-pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia Malaysia Press Institute-Petronas 2023 (HKM MPI Petronas 2023).

Hadir merasmikan acara gilang-gemilang itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Anwar turut menyampaikan anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada wartawan wanita veteran Adibah Amin dan Anugerah Kajai yang diberikan kepada wartawan MalaysiaKini; S Vinothaa, Ooi Choon Nam dan Affan Amrish Mohd Jalani.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading