Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERPULUH-PULUH MAUT, PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI NEPAL

DALAM NEGARA

BERPULUH-PULUH MAUT, PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI NEPAL

Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Nepal, seramai lima warga India, empat rakyat Rusia dan dua rakyat Korea Selatan antara penumpang pesawat berkenaan.

Sumber gambar: AFP

NEW DELHI: Berpuluh-puluh orang disahkan maut pada Ahad selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 72 orang terhempas di Nepal.

Pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara  membawa 68 penumpang termasuk 15 warga asing dan empat anak kapal.

Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Nepal, seramai lima warga India, empat rakyat Rusia dan dua rakyat Korea Selatan antara penumpang pesawat berkenaan.

Setakat ini, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan kira-kira 40 mayat dari lokasi nahas, kira-kira 200 kilometer dari Kathmandu.

Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan bangkai pesawat itu terbakar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading