BICARA KES KHALWAT PENYANYI ALIFF AZIZ DAN PELAKON RUHAINIES BERMULA 20 FEB 2025
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan dua hari bermula 20 Feb 2025, untuk perbicaraan kes penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium pada Mac lepas.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan dua hari bermula 20 Feb 2025, untuk perbicaraan kes penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium pada Mac lepas.
Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan 20 dan 27 Feb 2025 untuk perbicaraan, selepas Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memohon tarikh berkenaan.
“Untuk maklumat mahkamah, hari ini ditetapkan pengurusan kes dan pihak pendakwaan telah menyerahkan sesalinan senarai saksi pendakwaan kepada pihak mahkamah dan peguam.
“Oleh itu, mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” kata pendakwa syarie itu pada prosiding kes Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz dan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, di sini.
Terdahulu, peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani yang mewakili Mohamad Aliff dan Nur Ruhainies, mengesahkan perkara itu.
Pada 3 Julai, Mohamad Aliff, 33, dan Nur Ruhainies, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, atas pertuduhan berkenaan.
Mohamad Aliff didakwa telah berada bersama Nur Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa tertuduh (Mohamad Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang pada 12.35 pagi, 9 Mac.
Nur Ruhainies pula didakwa telah berada bersama Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa tertuduh (Nur Ruhainies) melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu, Mohamad Aliff didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, manakala Nur Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 13 Jun, Mohamad Aliff dan isterinya pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked