Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUANG BAYI MASIH BERNYAWA DALAM TONG SAMPAH

DALAM NEGARA

BUANG BAYI MASIH BERNYAWA DALAM TONG SAMPAH

KUALA NERUS: Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dijumpai dalam tong sampah di kawasan Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

Bayi berkenaan ditemui penduduk kampung kira-kira jam 10.30 malam tadi di dalam sebuah bungkusan yang berbalut kain.

Seorang peniaga, Nazri Abdul Manaf, berkata dia menyedari kehadiran bayi berkenaan selepas melihat orang ramai berkumpul sebelum diberitahu ada bayi dibuang di kawasan itu.

“Saya tidak tahu lepas itu ingat orang hisap dadah dalam sana sebab kebanyakan budak-budak hisap dadah banyak dalam tu, lepas tu kita tutup kedai nak pergi tengok tapi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tak bagi masuk.

“Dengar-dengar orang kata jumpa bayi orang buang bayi dalam tong sampah. Bayi tu masih hidup lagi dan bayi perempuan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Teregganu, Asisten Komisoner, Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kini dirawat di Unit Penjagaan Bayi hospital tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading