Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUDAK LELAKI 4 TAHUN MAUT DIREMPUH

DALAM NEGARA

BUDAK LELAKI 4 TAHUN MAUT DIREMPUH

“Ketika pemandu kenderaan itu melalui lokasi kejadian, mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan dan menyebabkan pemandu tidak sempat untuk mengelak sehingga melanggar mangsa.

Sumber Gambar: Media Sosial

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan SS 9A/8, Sungai Way di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5:30 petang, kanak-kanak lelaki terbabit yang berusia empat tahun itu dirempuh ketika melintas jalan dengan kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada jam 7:27 malam.

“Ketika pemandu kenderaan itu melalui lokasi kejadian, mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan dan menyebabkan pemandu tidak sempat untuk mengelak sehingga melanggar mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau hadir di balai polis yang berhampiran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading