BUKA KANTIN: ‘SAYA TIDAK MAHU PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI STOR, TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA’ – FADHLINA
KUALA LUMPUR: Kantin sekolah dibenarkan untuk kekal beroperasi sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan pelajar bukan Islam menikmati makanan mereka dengan selesa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kantin sekolah dibenarkan untuk kekal beroperasi sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan pelajar bukan Islam menikmati makanan mereka dengan selesa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
“Saya tidak mahu anak-anak (pelajar) bukan Islam makan di dalam stor dan tempat yang tidak sepatutnya, padahal semua sekolah ada kantin.
“Kita (kementerian) sarankan kantin dibuka sepanjang Ramadan khususnya bagi sekolah yang mempunyai anak-anak bukan Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam penggulungannya, Fadhlina turut menafikan dakwaan bahawa sekolah vernakular menggunakan silibus yang berlainan daripada yang telah ditetapkan KPM.
Beliau berkata penting bagi semua pihak memahami sekolah vernakular ditubuhkan bagi mempertahankan bahasa ibunda masyarakat Cina dan India, namun ia tidak dibenarkan mengguna pakai silibus pelajaran yang berlainan.
“Tiada langsung isu sekolah-sekolah ini mengkuti silibus yang berbeza daripada silibus KPM,” katanya.
Fadhlina juga berkata KPM sedang merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) baru bagi menetapkan hala tuju dasar pendidikan negara bagi 10 tahun akan datang.
“Terdapat empat fasa dalam penyediaan pelan pendidikan yang baru iaitu analisis terperinci pencapaian prestasi pelan pembangunan, sesi libat urus melibatkan kesemua pemain industri, guru cemerlang dan dekan fakulti untuk mendapatkan input, perancangan kumpulan berfokus serta dialog awam dan proses mendapatkan maklum balas draf sehingga mendapat kelulusan jemaah menteri,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata analisis tentang prestasi negara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 mendapati antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah jurang prestasi pelajar yang berada di bandar dan luar luar bandar.
Fadhlina berkata analisis juga mendapati bantuan dan sokongan diberikan guru kepada murid di Malaysia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya akibat wabak COVID-19 berada pada tahap jauh lebih baik berbanding negara-negara Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked