Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUNUH MAJIKAN: WARGA INDONESIA DIHADAP KE MAHKAMAH

DALAM NEGARA

BUNUH MAJIKAN: WARGA INDONESIA DIHADAP KE MAHKAMAH

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nordin Ong Abdullah, 71, di sebuah rumah kebun ladang kelapa sawit di Lorong Sidang Haji Hamid, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang antara 22 Dis sekitar 10.30 pagi hingga 27 Dis lepas kira-kira pukul 1.20 pagi. 

Sumber Gambar: BERNAMA

MELAKA: Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh majikannya bulan lepas.

Tertuduh Rudiansyah, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa Indonesia, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nordin Ong Abdullah, 71, di sebuah rumah kebun ladang kelapa sawit di Lorong Sidang Haji Hamid, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang antara 22 Dis sekitar 10.30 pagi hingga 27 Dis lepas kira-kira pukul 1.20 pagi. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebatan tidak kurang 12 kali sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Khairunnisak Hassni kemudiaannya tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 19 Feb depan bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat. 

Bernama sebelum ini melaporkan seorang pekerja kebun kelapa sawit warga Indonesia ditahan kerana disyaki membunuh majikannya, dan mayat warga emas itu ditemukan dengan kesan kecederaan di belakang kepala pada pukul 1.20 pagi, 27 Dis lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading