Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CERAMAH AHLI POLITIK UNDANG KONTROVERSI, MENTERI AGAMA GESA JAUHI FITNAH TERHADAP SAHABAT RASULULLAH

DALAM NEGARA

CERAMAH AHLI POLITIK UNDANG KONTROVERSI, MENTERI AGAMA GESA JAUHI FITNAH TERHADAP SAHABAT RASULULLAH

Semua pihak khususnya umat Islam digesa untuk memelihara lidah serta penulisan daripada mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua pihak khususnya umat Islam digesa untuk memelihara lidah serta penulisan daripada mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dalam kenyataan ringkas di Facebooknya berkata, umat Islam perlu menghormati serta menyayangi para sahabat Rasulullah SAW selain menjauhi fitnah ke atas mereka.

“Hormat dan sayangi para sahabat Rasulullah ﷺ dan jauhi fitnah terhadap mereka.

“Pelihara lidah dan penulisan dari mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah ﷺ,” katanya.

Zulkifli turut mengingatkan bahawa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW adalah haram serta berdosa besar.

“Mereka generasi terbaik, dipuji Allah (At-Tawbah:100) – mencaci mereka bererti menghina insan yang tegakkan Islam bersama Nabi ﷺ,” ujarnya.

Terdahulu netizen menggesa seorang ahli politik untuk tampil memohon maaf selepas tular menggunakan ungkapan dianggap tidak sesuai ketika merujuk kepada sahabat Rasulullah SAW dalam ucapannya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading