Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CORONAVIRUS: RAKYAT MALAYSIA DINASIHAT ELAK LAWATAN TIDAK PENTING KE WUHAN

DALAM NEGARA

CORONAVIRUS: RAKYAT MALAYSIA DINASIHAT ELAK LAWATAN TIDAK PENTING KE WUHAN

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan, China, serta lain-lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan coronavirus.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata rakyat Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya memberikan keutamaan tertinggi kepada aspek kesihatan serta keselamatan diri masing-masing dengan mengambil langkah berjaga-jaga, di samping mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan susulan keputusan pihak berkuasa China menyekat sebarang perjalanan keluar dari Wuhan berkuat kuasa Khamis (23 Jan), di samping keputusan beberapa syarikat penerbangan menggantung operasi penerbangan mereka di Wuhan sehingga notis selanjutnya.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan konsular boleh menghubungi pejabat diplomatik Malaysia terdekat. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading