Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: ANGKA JANGKITAN DI AS MELEPASI 100,000 KES

DUNIA

COVID-19: ANGKA JANGKITAN DI AS MELEPASI 100,000 KES

WASHINGTON: Angka jangkitan akibat koronavirus di Amerika Syarikat (AS) melepasi 100,000 kes ketika pemimpin negara kuasa besar itu masih bergelut untuk membendung penularan wabak itu.

Agensi berita Anadolu melaporkan data daripada Johns Hopkins University menunjukkan 100,717 kes COVID-19 dikesan di seluruh negara itu, termasuk 1,544 kematian.

Lebih 860 individu telah pulih, menurut data universiti itu.

Khamis lalu, AS melepasi Itali dan China, masing-masing dengan 86,498 kes dan 81,897 kes jangkitan, menjadi negara dengan jumlah jangkitan koronavirus tertinggi di dunia.

Sehingga semalam terdapat 590,594 kes positif disahkan dan kira-kira 27,000 kematian direkodkan. Hampir 130,000 kes pulih dari penyakit itu.

Presiden Donald Trump sebelum ini menandatangani pakej rangsangan USD2.2 trilion bagi mengekang impak pandemik itu.

Bandar New York, kota kewangan AS, menjadi pusat penularan wabak itu dengan 366 kes kematian.

Selepas kemunculannya di Wuhan, China pada Disember lalu, koronavirus merebak ke sekurang-kurangnya 176 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai pandemik global. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading