COVID-19: KES BAHARU MASIH LEPASI ANGKA 5,000

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,139 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat 29 Januari 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,861,069 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” menerusi ciapan di Twitter beliau, hari ini.

Pada Khamis 27 Januari lalu, kes positif COVID-19 kembali melepasi angka 5,000 iaitu sebanyak 5,439 kes.–AlHijrah Online

Leave a Reply