Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH EMPAT BERANAK MAUT KEMALANGAN DIKEBUMI DALAM SATU LIANG

DALAM NEGARA

JENAZAH EMPAT BERANAK MAUT KEMALANGAN DIKEBUMI DALAM SATU LIANG

KOTA BHARU: Jenazah empat beranak yang maut selepas kenderaan mereka dirempuh pikap di Kilometer (KM) 2, Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Bentong semalam, selamat dikebumikan pagi ini.

Semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa di sini, jam 9.50 pagi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran suami, Mohd Nazri Hamid, 44, ahli keluarga dan saudara mara arwah.

Terdahulu, jenazah empat beranak, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 5, tiba di kawasan perkuburan pada jam 8.30 pagi dengan van jenazah selepas disembahyangkan di Masjid As-Siddiqin.

Semalam, perjalanan keluarga terbabit untuk menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila empat maut selepas kenderaan mereka dirempuh dengan sebuah pikap yang pemandunya dipercayai di bawah pengaruh dadah pada jam 2 petang.

Pemandu pikap bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi kejadian mendapati, pemandu pikap Nissan Navara berusia 44 tahun itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kenderaan mangsa dari hadapan.

Siasatan juga mendapati pemandu Nissan Navara berkenaan memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading