COVID-19: KES POSITIF PALING TINGGI DENGAN 2,188 KES

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian positif COVID-19 di negara ini mencatatkan angka tertinggi dengan 2,188 kes.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,623 kes dan sebahagian besar daripada Kluster Teratai.

Selain Selangor negeri lain antaranya Sabah mencatatkan 232 kes, Perak 112 kes dan Kuala Lumpur 90 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) empat kematian direkodkan hari ini.

Image

KKM juga memaklumkan kes sembuh turut mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 1,673 kes. — AlHijrah Online

Leave a Reply