COVID-19: KKM SEDIA KETATKAN SOP KESIHATAN DI PINTU MASUK NEGARA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.
Beliau berkata dengan pelanjutan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan, susulan lonjakan semula kes wabak itu di China.
Menurutnya KKM memandang serius kebimbangan rakyat berhubung kenaikan kes COVID-19 di China serta sekatan yang dibuat beberapa negara lain terhadap pengembara dari negara republik berkenaan, dan perkara itu adalah keutamaan KKM ketika ini.
“KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes wabak itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM juga sentiasa bersiap siaga meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Menurutnya KKM sentiasa mengambil polisi berpandukan dan berasaskan sains serta data yang tepat selain berhubung rapat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), China serta rakan-rakan negara ASEAN.
“WHO telah mengadakan mesyuarat dengan China bagi urusan perkongsian data terkini dan ia akan diteruskan bagi mengetahui secara terperinci maklumat, situasi dan pengurusan COVID-19 di negara berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang dilaporkan negara China kepada pihak WHO, varian dan subvarian yang ada di China, juga telah dikesan di Malaysia,” katanya.
Penghujung tahun lepas, China melaporkan berlaku lonjakan kes COVID-19 berikutan varian Omicron yang merebak dengan pantas, dan beberapa negara mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan pengembara dari China ke negara mereka sebagai langkah menghalang penularan wabak itu.
Sementara itu Dr Zaliha berkata berdasarkan maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan dengan memberi perlindungan dari mendapat gejala teruk akibat jangkitan virus itu, dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital.
Selain itu katanya vaksin Bivalent akan dibekalkan kepada Malaysia tidak lama lagi berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, baru-baru ini.
“Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya.
“KKM menggesa orang ramai yang menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin Bivalent. Vaksin Monovalent sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian,” katanya.
Dr Zaliha berharap peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat, terutama golongan berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8 peratus daraipada rakyat Malaysia sudah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus mengambil vaksin dos penggalak kedua.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar terus menjaga kesihatan kendiri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi saranan serta nasihat kesihatan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked