Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: PELITUP MUKA TIDAK WAJIB DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM, ORANG RAMAI DIGALAK PAKAI – LOKE 

DALAM NEGARA

COVID-19: PELITUP MUKA TIDAK WAJIB DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM, ORANG RAMAI DIGALAK PAKAI – LOKE 

Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam pengangkutan awam buat masa ini namun, orang ramai digalakkan memakainya.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam pengangkutan awam buat masa ini namun, orang ramai digalakkan memakainya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pemakaian pelitup digalakkan semasa orang ramai berada di dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh negara.

“Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri (berkaitan hal ini).

“Setakat ini, tidak ada kewajipan (memakai pelitup muka semasa berada dalam pengangkutan awam), kita hanya menggalakkan. Jadi, itu terpulang kepada penumpang atau orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keadaan semasa kes COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 KKM.

Dzulkefly berkata kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading