CUKAI VAPE PENDEKATAN SEDERHANA KERAJAAN KAWAL SELIA PRODUK MEROKOK
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, kerajaan tetap tegas melarang perbuatan itu dilakukan di tempat-tempat seperti di sekolah dan Parlimen selain meningkatkan kempen advokasi bagi memberi kesedaran bahaya merokok terutama terhadap golongan muda.
KUALA LUMPUR: Langkah mengenakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik merupakan antara pendekatan sederhana yang diambil kerajaan untuk mengawal selia produk merokok yang mengandungi nikotin serta menghentikan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, kerajaan tetap tegas melarang perbuatan itu dilakukan di tempat-tempat seperti di sekolah dan Parlimen selain meningkatkan kempen advokasi bagi memberi kesedaran bahaya merokok terutama terhadap golongan muda.
“Mengambil tindakan agak ekstrem dengan mengharamkan vape, nikotin atau rokok itu, agak drastik dan tidak mampu dikendalikan oleh mana-mana negara di dunia. Ramai yang memilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen.
“Sementara kita menjalankan kempen tentang kesan negatifnya, kita teruskan juga dengan (langkah) percukaian ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu daripada tersebar luas dan murah.
“Saya setuju bahawa badan-badan kesihatan dan profesional semuanya tanpa kecuali, memang menentang keras soal ini (menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952).
“Tetapi pada hemat kerajaan buat sementara ini, kita sukar untuk mengharamkan tetapi kita boleh meningkatkan kesedaran supaya orang memilih…(untuk tidak merokok),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952.
Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.
“Pada prinsipnya, kita akan terus bentang rang undang-undang ini (rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok)…pada peringkat awal kita setuju sekalikan rang undang-undang ini dengan cukai vape, tetapi oleh kerana banyak bantahan maka kita cadangkan Menteri Kesihatan rundingkan semula dengan teliti bersama Ahli-ahli Parlimen serta badan kesihatan.
“Ia bukan untuk melengahkan kerana ia akan dilaksanakan pada tahun ini juga dan ia (rundingan) supaya ada persefahaman berhubung beberapa peruntukan terutama pelaksanaan yang dianggap terlalu keras, namun pada peringkat sekarang Jabatan Kastam tetap akan mengawal pengedarannya,” kata beliau.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, kerajaan mengumumkan cadangan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan peranti pengewapan elektronik.
Pada 1 April lepas, media melaporkan kerajaan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests