Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN CAJ PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN RM1 DINAIKKAN ADALAH PALSU – KKM

DALAM NEGARA

DAKWAAN CAJ PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN RM1 DINAIKKAN ADALAH PALSU – KKM

KKM dalam hantaran di Facebooknya berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan.

KKM dalam hantaran di Facebooknya berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.

“KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu serta tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu,” katanya.

Baru-baru ini tular dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15 sedangkan kadar caj semasa adalah RM1.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading