Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu dapatan laporan siasatan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada perasmian persidangan ‘1st Malaysia Community First Responder’ hari ini. — fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu dapatan laporan siasatan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dapatan laporan itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya pada Mesyuarat Pasca Kabinet minggu depan, yang merupakan mesyuarat terakhir tahun ini.
Beliau berkata KKM sentiasa memantau pengawasan fasiliti hospital swasta di negara ini yang tertakluk kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
“Bagaimanapun kes ini agak unik dari segi latar belakang dan sebagainya, jadi kita tunggu dapatan dan siasatan yang betul untuk kita berlaku adil, tentunya kita simpati dengan keluarga malang ini.
“Namun kita akan terus mengadakan pemantauan kami di bawah tanggungjawab CKAPS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Responden Pertama Komuniti Malaysia yang pertama kali diadakan, di sini hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan tindakan sebuah hospital swasta di Selangor yang dikatakan menahan mayat bayi lelaki selama 16 hari di dalam peti sejuk mayat kerana bapanya tidak membayar bil.
Rabu lepas hospital swasta terlibat menafikan dakwaan itu, sebaliknya menjelaskan bahawa pihaknya telah memberi kebenaran mengebumikan jenazah bayi itu sebelum bayaran bil hospital dibuat.
Sebelum itu mengulas mengenai laporan media yang mendakwa kekurangan tenaga kerja perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak, Dzulkefly berkata beliau masih menunggu laporan daripada semua pihak yang terlibat, di dalam dan luar KKM. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked