TH JANGKA MULA KELUAR SURAT TAWARAN HAJI ISNIN INI
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata surat tawaran itu akan dikeluarkan kepada jemaah terpilih selepas majlis pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 1446H.
SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata surat tawaran itu akan dikeluarkan kepada jemaah terpilih selepas majlis pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 1446H.
“Sekitar 12 tengah hari selepas pengumuman dibuat, surat tawaran haji akan dikeluarkan kepada jemaah yang terpilih untuk 2025 bagi menunaikan ibadat itu. Mereka (yang terpilih) boleh tengok menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan sumbangan program Iqra’ TH IPTA kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
Mengulas mengenai penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, Mohd Na’im berkata ruang itu akan digunakan bagi memberi lebih banyak penerangan berhubung RUU terbabit.
“Penangguhan ini tidak bermaksud kita tidak buat libat urus sebelum ini, tetapi kebetulan dengan penangguhan ini, ia akan lebih ruang kepada kita untuk (lebih banyak lakukan) pencerahan dan penjelasan,” katanya.
Media pada Khamis melaporkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ditangguhkan ke Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata perkara itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, selepas sesi soal jawab lisan persidangan pada hari sama.
RUU berkenaan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada Julai lepas, antara lain untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti serta penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak.
RUU itu turut memperincikan fungsi dan peranan mufti dalam membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, tata cara mengeluarkan fatwa, pendapat berhubung hukum syarak di mahkamah serta penentuan arah kiblat.
Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests