KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Di PERAK, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana itu kekal dengan 186 individu melibatkan 57 keluarga di daerah Manjung setakat pukul 8 pagi ini, dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.
Pada masa sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan turut memaklumkan paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak berada pada tahap amaran iaitu setinggi 165.79 meter berbanding paras normal 165.10 meter.
Selain itu, Sungai Plus yang berada dalam daerah Kuala Kangsar dan Sungai Bidor di kawasan Changkat Jong, masing-masing merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga dengan kedalaman sekitar 54.09 meter (52.0 meter normal) serta 3.21 meter (2.0 meter normal).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan berterusan dijangka di sekitar kawasan Hulu Perak hari ini.
Situasi banjir di JOHOR juga tidak menunjukkan perubahan dengan jumlah mangsa kekal 40 orang daripada 12 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa terjejas akibat bencana itu masih ditempatkan di sebuah PPS iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
“Selain itu hanya satu sungai di daerah Segamat dilaporkan melepasi paras amaran iaitu stesen Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 8.85 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor dijangka cerah, dan hanya Pontian diramalkan mendung pagi ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir kekal 41 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS melibatkan dua daerah terjejas iaitu Bera dan Maran.
Aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 30 mangsa berada di PPS di Bera iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh dan Balai Raya Kampung Seberang Guai, sementara 11 orang di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked