ISU BENDERA TERBALIK ADALAH KESILAPAN KETARA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan isu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional badminton negara Lee Zii Jia, sebagai kesilapan ketara dan kecuaian kritikal oleh pihak yang bertanggungjawab.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika bertemu pengamal media selepas hadir ke lokasi pada Lawatan Kerja di Tapak Menara Telekomunikasi JENDELA di Kampung Sungai Lenek, hari ini. — fotoBERNAMA
PONTIAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan isu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional badminton negara Lee Zii Jia, sebagai kesilapan ketara dan kecuaian kritikal oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ada menerima aduan atau laporan mengenai insiden berkenaan.
“Saya ambil maklum pihak terlibat telah ada (membuat) permohonan maaf. Bagi saya itu kesilapan yang ketara melibatkan baju yang dipakai pemain yang cukup dikenali, mewakili dan membawa bendera Malaysia.
“Jadi saya anggap itu satu kecuaian yang agak kritikal. Sekiranya ada siasatan, kita serah kepada pihak berkuasa untuk siasat,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkaitan projek pembuktian konsep (POC) Tarana di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat sama ada laporan berhubung insiden berkenaan telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasaan lain.
“Cuma nasihat saya, pengguna media sosial diharap berpada-pada dalam memberikan komen, kadangkala komen kita boleh disalah faham atau disalah erti dan kita tak nak ada keadaan mengapi-apikan. Biarlah kita ambil tindakan bersesuaian yang adil dan kita nak situasi seperti ini tidak berulang,” katanya.
Pada Rabu lepas (11 Dis) lepas, penaja jersi pemain berkenaan Victor Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan akan menyiasat perkara berkenaan yang berlaku pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata Kongres Nasional PKR 2024 yang telah ditangguhkan sebelum ini, dijadual akan diadakan selepas musim Monsun Timur Laut (MTL) berakhir bagi menghormati mangsa bencana di seluruh negara.
“Kongres ini akan tetap diadakan di Johor, cuma tarikhnya selepas MTL, sebab kita faham ketika ini ramai yang terkesan akibat banjir yang tidak begitu baik. Ini keputusan kepimpinan parti. Kita sasarkan ia diadakan menjelang suku kedua tahun depan,” katanya.
Pada 30 Nov, Fahmi berkata PKR memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan pada 15 Dis, ekoran banjir di beberapa negeri.
Selain itu, beliau berkata PKR juga akan mengadakan Kongres Khas di Shah Alam, Selangor esok, bagi meminda perlembagaan parti. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager