Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DANA KOMUNITI MADANI: RM1 BILION UNTUK MASYARAKAT DESA MULAKAN PROJEK EKONOMI

DALAM NEGARA

DANA KOMUNITI MADANI: RM1 BILION UNTUK MASYARAKAT DESA MULAKAN PROJEK EKONOMI

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik. 

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun depan untuk inisiatif Dana Komuniti MADANI, bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik. 

“Wang (dana) diberikan kepada penghulu, penggawa atau tuai rumah, selepas adakan perjumpaan dan putuskan apa projek ekonomi untuk kampung mereka.

“Saya nak tengok orang kampung putuskan dan jalankan (projek ekonomi) dengan kos rendah, uruskan dengan RM100,000 apa boleh dilakukan,” katanya dan menambah dana inisiatif itu mungkin ditambah kepada RM2 bilion jika ia menunjukkan kejayaan.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023  di sini hari ini, Anwar berkata sekiranya masyarakat desa terlibat memerlukan bantuan, mereka boleh berhubung dengan pelbagai agensi kerajaaan antaranya Jabatan Pertanian atau Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading